Blogger Backgrounds

Saturday, September 22, 2012

Permulaan Baharu Aku.

hari ini aku ingin menceritakan tentang permulaan baharu dalam hidup ku..

Setelah tamat sesi pembelajaranku di IPTA tempatan, aku mula menghantar 'resume' ku ke merata-rata tempatyang berdekatan dengan kediamanku. Maklumlah, belum ada bajet untuk pergi jauh. Dalam berpuluh-puluh resume yang ku hantar, hanya beberapa 'feedback' sahaja yang ku terima.

Dalam masa sebulan aku menggangur, menunggu jawapan yang tak pasti, lalu aku memulakan langkah, mencari kekosongan kerja di mall yang berdekatan.


Di sini aku mendapat kerja pertamaku di salah sebuah kedai di dalamnya dan bekerja sebagai 'customer service'. Sebenarnya aku ingin mencari kerja sambilan sahaja sementara menunggu panggilan untuk masuk ke mana-mana U yang ingin mengambilku sebagai pelajar.

Rupanya nasib tidak menyebelahi aku. Namaku tidak tersenarai seperti rakan-rakanku yang lain. Jadi aku teruskan sahaja kehidupanku dengan bekerja. Waktuku bekerja ialah 10.00pagi sehingga 6.30petang, kadang-kadang menbawa ke 10.00malam. Bergantung pada jadual dan bilangan staf yang ada. Disini, aku dapat mengenal dunia bekerja yang sebenar, bertemu dengan pelanggan yang kadangnya cerewet, panas baran, baik hati,dan ada yang bisu. Hahaha..kadang tu yang 'overseas' pun ade. Macam macam ragam manusia sekarang ini dapat dilihat di sini. Ade yang berhijab sempurna, bertudung tapi 'berpakaian seperti tidak berpakaian'. Anda paham maksud saya? hehe.. Tapi itulah kehidupan aku di sini. Aku bertahan sehingga 8 bulan sahaja sehingga aku berhenti kerja akibat tak tahan dengan sikap boss yang tidak percaya kepada pekerjannya.

Semasa ujian itu menimpa, aduh!. aku bertanya kepada diriku, apekah salahku sehigga dituduh demikian, kerana mukaku yang kelihatan seperti penyamun? Aku merintih keseorangan. Aku bangkit semula apabila aku teringatkan lagu U.N.I.C yang berjudul Langkah Tercipta. Begini liriknya :

 
Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun
jiwaKu berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Ya. seperti yang ku 'highlight'kan, "jiwaKu berbisik inilah dugaan". Perkataan inilah yang menbantu aku bangkit. Bangkit mencari rezeki Yang Esa di tempat lain. Usaha dan kesabaranku menbuahkan hasil apabila aku mendapat panggilan bekerja di syarikat swasta yang bernama Intisari Mulia Engneering Sdn Bhd.

Intisari Mulia Engneering Sdn Bhd.

Walaupun pangkatku sebagai kerani, namun aku bersyukur kerana pintu rahmatNya masih terbuka untukku.

Setakat ini sahaja coretanku, nanti boss datang pulak..hehehe...
wasalam...

No comments:

Post a Comment