Blogger Backgrounds

Tuesday, September 25, 2012

sejarah taklifanku


Hari ni kerja tak terlalu banyak. Sekadar membuat pembetulan pada drawing semalam, dan saye free. (tak de kerje la pas ni). Pening jugak ni kalu tersalah sedikit sahaje, orang atas (boss) mula la nak peril. Huhu -,-!  . sabar je la bila jadi orang bawahan ni.
 
Teringat pada pengalaman lama dimana diri ini pernah diamanahkan sebagai Pengerusi Jualan Konvokesyen untuk Kelab Rakan Muda Masjid di Politeknik. Semasa itu, timbalan ku adalah senior yang mana aku tidak pernah mengenalinya, apatah lagi diberi kepercayaan untuk mengerakkan tugasan bersama. Sepatutnya senior itu yang patut menjadi ketua, tapi ape yang boleh dibuat, dah taklifan. Terima jela. Lagipun, ia boleh dijadikan pengalaman baharu. Dalam masa yang sama, aku memegamg jawatan timbalan biro ekonomi. Muka ku ini ade muka pelaris ke? Haha.. sabar. Memang banyak dugaan semasa memegang jawatan ini, timbalan jualan konvokesyen ku pernah merajuk apabila aku dah buntu mencari peneylesaan pengankutan makan untuk ke tapak jualan kerana ia berlangsung di stadium terbuaka Pasir Gudang yang mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke sana.
 
 Aku ingin meletakkan jawatan pada masa itu, namun ukhti (pangilan untuk saudara perempuan yang lagi tua dari usia ku ) memberi semagat dan turut sama membantuku. Ini penyebabnya aku sayang sangat dengan kelab ini. Hehehe. Akhirnya kami berjaya melaksanakan jualan ini dengan berbalik modal yang sedia ada dan ade extra lagi tuh. Hehe. Sejarah lama bagi pemegang jawatan pengarah jualan konvokesyen sebelum ini sebenarnya tidak pernah mencapai target yang disasarkan. Untuk tahun itu, aku menyahut cabaran yang pengerusi kelab berikan untukku dan aku berharap adik-adik junior dapat belajar dari ku agar tidak mengulangi semuala sejarah yang lepas. Pada semester akhir, aku mendapat taklifan sebagai timbalan ekonomi bagi senior, dimana aku menjadi penasihat bagi biro ekonomi.
 
 Ketuaku pula juniorku, inilah pertama kali bagiku junior menjadi ketuaku. Agaknya mereka yang ingin adik baru belajar dengan senior yang dah nak ‘check out’ ni kot. Tapi lain jadinya, huh.. ketua sepatutnya berbincang dahulu dengan timbalan, tapi berbeza dengan ketuaku ini. Dia lagi senang untuk merujuk terus dengan pengerusi kelab. Mungkin baginya ‘tidak mahu menyusahkan akak yang final’. Tapi sebenarnya tidak ya dik!. Akak ni lagi risau sebab ini amanah bersama. Camne akak nak jawab nanti kat ‘sane’ bila ditanya tentang amanah yang akak tak laksanakan. Akibat perbuatannya, aku merajuk. Tak pergi perjumpaan meeting, dia mesej pon aku tak balas, chat kat facebook pon aku tak layan. Mase tu nak mengajar dia yang timbalan pun penting juga. Akhirnya , aku mengalah. Aku menjelaskan keadaan yang sebenar. Tapi masa tu sudah terlambat. Bukan terbambat ape, aku dah pun abis semester dan dah siap grad.
 
Maakkan akak ye dik. Harap awak tak mengulanginya lagi jika awak dapat timbalan yang baru.

K lah. Boss dah intai tu. Lain kali saya post lagi ye.

No comments:

Post a Comment