Blogger Backgrounds

Monday, September 24, 2012

perkongsian sedikit


Assalamualaikum kepada sidang pembaca. Hari ini saya dikejutkan dengan berita yang mengemparkan.
 
Hahaha.. bukan ape, di sini ( tempat saya bekerja ) 98% staffnye sudah berpunye ( berkahwin laa ). Hahaha. Hanya saya dan Lau ( accountan ) sahaja yang bujang. Huhuu.. bukan apa, Cuma saya janggal bekerja dengan golongan yang sudah berumahtangga ni. Kerana sikapku yang kurang matang. Bagi saya, apabila seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga, maka golongan ini bersedia memikul tanggungjawab yang bakal dipikul sehingga mereka berpisah (tak kesah la bercerai atau meninggal dunia ). Maka, pemikiran mereka berbeza dengan golongan yang bujang seperti saya ini. Tapi saye pernah dengar yang banyak pahala mendirikan rumah tangga pada usia muda. Contohnya:

  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti.

2.      Sudah ada yang berkenan di hati.
mereka telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian. Senang cerita,  telah jatuh hati dengan dia. Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

3.      Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman seseorang pada waktu itu, mereka tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan seseorang lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

4.      Mencari ketenangan
Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan rekaan cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang seseorang perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu.

5.      Teman dalam kehidupan dan perjuangan
Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Kadang-kadang kita boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat diri kita jatuh tersungkur,sedikit payah untuk bangkit semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini.

6.      Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Pernah dengar slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini akan disia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri seseorang individu dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi takut jika dalam tempoh ini seseorang terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah

7.      Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini mampu membentuk seseorang yang lebih bertanggungjwab dan matang.

8.      Menjadi anak yang soleh
Berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan seseorang lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Sebegini.

Tapi rasenyer ade keburukannya seperti :

  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..)

 

Tak apela kot. Andai ditakdirkan diri ini kahwin awal, temukanlah dengan seseorang yang mampu membimbingku ke jalan yang benar.
 
 
 Bukan nye ape, saye dah berjanji dengan teman baik saya yang ingin menghabiskan alam bujang pada umur 25@27. Hehe. Janji semase budak-budak dahulu. Tapi kawan tetap kawan untuk selamanya

Perkongsian ini untuk semua. Kalau ade tambahan atau sebarang kekurangan, silalah komen.

 

Sumber :


 
http://www.hafizmohd.com/keluarga/kahwin-muda-antara-kebaikan-dan-keburukan/

No comments:

Post a Comment