Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah,
saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap
terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G :
Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna
kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan
itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna
di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir
antara mereka.
Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik,
dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar
dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si
teruna senyum kelat.
Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah
cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu
pula dengan kami.
Teruna : segan cik.
Hehe
Bapa G : bila kamu nak
hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya
ni?
Teruna : ehh. Duit
takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak
kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan
orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami
naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik
sikit
Bapa G : boleh takda
masalah
Teruna : pakcik ngan
makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20
ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah
la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu
ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko
melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik,
tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu
la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan
kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis
itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah
Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh
pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah.
Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan
kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah,
gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau
ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak
Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram.
Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari.
Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya,
orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun
sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah..
bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan
lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh
sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir
bila?
Ibu G : err. Darjah 1
agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa
makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu
Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar
saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau
solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka
berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti
solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya
lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak
berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam
kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas,
haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu
kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik
perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam
oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan
kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek
pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang
ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak
perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu
itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula
ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri
dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama
perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si
isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan.
Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak
anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami
berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya
sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang
tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu
pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat
dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah
mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna
bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan
kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai
pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory
pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu
pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah.
Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan
anak aku!
Teruna : lama lagilah
camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik,
‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah
melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu
penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak
luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang
meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat
untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul,
syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka
mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang
ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul,
dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik
sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan
kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah
pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin.
kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok
saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada
pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya
dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau.
Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang
ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi
berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni
peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang.
Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik.
Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan)
dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki
dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang
Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya
lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau
benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah
disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata
bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan
cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu
tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu
kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata
anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak
muka ni.
Teruna : bagus juga
cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde
hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah
sikit.
Teruna : betul dah tu
pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang
walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara
islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya
seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau
berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat
mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah
pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya
Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih
pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah
camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang
senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan
zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si
gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi
bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon
untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan
kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang
dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri
di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si
teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari
jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata
melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap
ayahnya.
Ibu G : apa yang budak
tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa
abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah,
tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi,
suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak
pegi la ayah. Ntah,,
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila
membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan
terus bersama mu,
aku juga akan terus
pada agama yang ada padamu.” “ : )”
“petang ni takde mood nak keluar, Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.